Monday, January 17, 2011

Halawatul Ukhuwah

Assalamualaikum dan salam perpaduan.


ini ialah gula. sinonim dengan rasanya manis.sebagai penambah perisa yang dimasukkan di dalam makanan,minuman dan sebagainya.


ini pula ialah ikatan ukhuwah. ukhuwah yang indah. ukhuwah yang hanya boleh dihadam dengan rasa yang manis,andai niatnya yang betul. Bertemu berpisah kerana Allah. Berkumpul untuk memikirkan permasalahan ummah, bersatu dalam perjuangan mendaulatkan semula Islam. Mungkin berpunca dari berprogram, dan akhirnya kekal dalam doa hingga masing-masing berharap agar kembali bertemu di syurga nanti.saya ingin memetik kata-kata dari sahabat saya ,

Kejatuhan khilafah islamiah tak sampai 100 tahun lagi. tetapi kita seolah-olah sudah jauh dan sudah lama runtuhnya khilafah tersebut

kadangkala,apabila niat kita itu betul dan semata-mata kerana Allah,Allah memudahkan urusan kita. Seolah-olah masing-masing sudah lama ketemu.Subhanallah,indahnya ukhuwah. Masing-masing boleh bersembang bersama,tiada masalah puak-puak baik ketika mendengar kuliah mahupun ketika makan. Seronok, kerana melatih diri ini untuk lebih terbuka dalam berhadapan dengan masyarakat manusia. Kita semua satu ummah, ummat Nabi Muhammad s.a.w.


10 Ciri Pemuda Islam - Akidah yang sejahtera - Menyemai Ciri di dalam Diri

fokus yang utama, pastinya aqidah yang sejahtera. pentingnya aqidah,sehingga dikatakan mampu untuk menyelesaikan segala permasalahan sosial. mengajak manusia kembali kepada tujuan asal penciptaan; menjadi khalifah dan hamba Allah. Maka,perlunya kita untuk menambah ilmu untuk memastikan aqidah yang kita pegang ini betul-betul mantap.

bukan itu sahaja,para sahabat-sahabat turut ada mencadangkan agar menjadikan aqidah ini satu cermin sejauh mana kita benar-benar menganut islam. Apakah kita hanya mengambil islam dari sudut hari raya,puasa,zakat sahaja? apakah kita mengambilnya dan mengubahnya sendiri seperti mana yang berlaku tentang soal tudung wanita di Malaysia? Ya Allah,aku tidak mahu menjadi orang yang hanya selemah-lemah iman,yang hanya mampu mengubah dengan hati. sudah 20 tahun, dan kini sudah masanya untuk mengubah dengan anggota.

dan inilah yang menjadi cabaran untuk mana-mana pemimpin untuk menggarap idea bagi merealisasikan ciri ini. baik pimpinan persatuan,pimpinan universiti mahupun sekadar sekolah menengah. Pemuda, jangan disekat idea nya,tetapi harus dibimbing melalui pengalaman orang yang lebih berpengalaman. Orang muda yang menjadi pemimpin harus sedikit percakapannya, tetapi banyak kerja! ayuh,bangkit pemuda !

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Blog Indahnya Berbagi
Tambah Yuk
Widget by IB | Template Design

Artikel Terkait:

Widget by:IB | Template Design

0 comments:

Post a Comment

 

Daftar Blog Saya

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design