Thursday, December 2, 2010

Cabaran Dakwah Semasa

Kefasadan ummat semakin menggila. Sudah bersediakah kita?

Mari lihat bumi kita. Bumi yang semakin membongkok. Penghuninya yang seakan lupa tujuan hidup. Jahiliyyah merata-rata. Lalu Islam turun diutuskan melalui Rasulullah saw.
Rahmatallil 'alamin..

“Tiada ucapan yang lebih baik selain menyeru ke jalan Allah”. Bukan sekadar mengajak manusia, tetapi diri sendiri sekali perlu melakukan kebaikan.

Ada pepatah “ Sungguh baik menjadi orang penting, tetapi lebih penting menjadi orang baik”.

Melihat kepada suasana dunia hari ini yang mengamalkan dasar pandang ke Barat memungkinkan dakwah dinihari semakin menghadapi mehnah dan tribulasi sama ada secara setempat mahu pun globalisasi. Oleh yang demikian para du’at perlulah sentiasa bersedia.

Namun begitu, fenomena dai’e sekarang agak hambar di mana masih terdapat kekurangan/kelemahan di sisi masing-masing yang perlu diambil kira dan diperbaiki, antaranya:

1. Berada dalam zon selesa. Kebanyakan para dai’e lebih selesa memilih untuk berada dalam kalangan mereka sendiri yakni golongan yang sudah baik dan hanya perlu kepada pengislahan diri. Pabila terjadi begitu, bagaimana pula golongan yang kurang memahami ataupun yang tercicir? Wajarkah mereka diperlakukan begitu? Mengapa harus memilih madh’u? Sedangkan nikmat Islam itu perlu disampaikan kepada semua golongan. Adakah Rasulullah saw diutuskan hanya untuk kaum Arab? Tidak sama sekali, bahkan untuk seluruh umat manusia.

2. Menggunakan pendekatan lama. Dalam berdakwah, pelbagai cara yang bisa dilakukan bukan setakat menyampaikan terus kepada madh’u. Kita harus lebih pro-aktif dan kreatif. Oleh itu, betapa pentingnya untuk mengenali latar belakang madh’u agar proses tarbiyah dan islah bisa berjalan lancar.InsyaAllah.

3. Kurang ilmu/ilmu tidak cukup luas. Ini yang kita lihat pada dunia kita hari ini. Tetapi jangan kerana kurang ilmu menjadi alasan untuk kita tidak berdakwah. Tidak, tidak. Hal ini kerana ilmu itu luas dan memerlukan pembelajaran yang berterusan, semakin banyak yang dipelajari semakin banyak yang tidak kita ketahui. Solusinya, kukuhkan ilmu asas kita dan perlu juga mengambil tahu isu semasa dan ilmu-ilmu lain yang bermanfaat. Lengkapkan diri dengan pelbagai ilmu, kerana pabila bergelar dai’e kelak kamu akan menjadi rujukan tidak kira kamu itu seorang jurutera, doktor, pelajar ataupun guru tadika. Tarbiyah dan islah perlulah seiring.

4. Lemah ekonomi. Ya, ekonomi itu penting dalam melaksanakan kerja-kerja ini. Namun begitu, kita boleh berusaha untuk meningkatkan serta mengukuhkan ekonomi. Jika sudah stabil, alhamdulillah itu adalah satu kelebihan.

5. Dakwah secara part-time. Dalam erti kata lain, tidak bersungguh-sungguh. Bisa berdakwah hanya pada masa lapangnya, tetapi pabila diri sudah sibuk dengan pembelajaran/kerja langsung kerja-kerja dakwah dilupakan atau diabaikan sebentar. Ayuh sematkan + tekad dalam diri kita agar tetap dan terus menjalankan kerja dakwah walau di mana pun kita berada serta walau apa pun situasinya.


Cabaran Semasa

Para du’at sekarang mengalami pelbagai cabaran semasa.

1. Aqidah. Melihat kepada keadaan masyarakat kini yang semakin ramai mengalami masalah kurang keyakinan serta tidak kuat. Kes murtad yang meninggi jumlahnya, ditambah pula dengan kemunculan pelbagai ajaran sesat seperti ayah pin dan rasul melayu yang masing-masing mempunyai pengikut sendiri.

2. Syariah. Terdapat juga dalam kalangan kita yang masih lagi mengabaikan perkara asas seperti solat, puasa dan lain-lain ibadah. Jika yang asas sudah ditinggalkan, apatah lagi perkara-perkara kifayah? Mengikut pengalaman seorang hamba Allah yang pernah menjadi buruh sementara, dikatakan ramai antara rakan-rakan buruhnya dengan sewenang-wenangnya meninggalkan solat fardhu dengan alasan penat bekerja di tapak pembinaan. Bayangkan, itu baru cerita buruh. Bagaimana pula dengan pelajar, pekerja dan masyarakat selainnya?

3. Akhlak. Bila Barat sudah diagung-agungkan, maka semakin hilanglah identiti umat Islam itu sendiri. Di jalanan, kadangkala tidak dapat dibezakan sama ada Islam atau tidak. Kerana apa? Kerana pemakaiannya sudah pun seperti pakaian Barat, di manakah pemakaian seperti yang digariskan dalam Al Quran?

4. Pemikiran. Salah satu cara yang berkesan untuk melemahkan umat Islam ialah dengan cara menyerang pemikiran mereka. Musuh-musuh Islam mula menyuntik ideology sekularisme sejak zaman penjajahan dulu dan pluralisme yang semakin berkembang.

5. Persekitaran. Sekarang ini, dengan suasana kebejatan sosial yang semakin berleluasa, menjadi tanggungjawab para du’atlah agar berusaha mengembalikan/mewujudkan semula biah solehah. Kita Islamkan persekitaran tersebut.

6. Budaya. Islam yang menjadi unsur penting dalam pembentukan budaya semakin luput dan dilupai apabila budaya asing mulai meresap dalam masyarakat kita.

Ternyata, umat akhir zaman mengalami perlbagai ujian dan cabaran. Kita bukan sahaja perlu menyelamatkan diri tetapi perlu juga mengislah masyarakat sekelilig kita.


Dai’e Berkualiti

Dai’e berkualiti bisa menghadapi cabaran dengan tabah. InsyaAllah.

1. Mempunyai ilmu yang mantap. Asas agama yang kukuh serta tahu maklumat semasa.

2. Berpegang teguh dengan ajaran Islam.

3. Hubungan baik dengan masyarakat

4. Punyai keluarga yang bahagia agar bisa menjadi contoh kepada yang lain.

5. Teguh ekonominya.


Sahabat-sahabat, semoga kita tergolong dalam kumpulan ini. Persiapkan diri.

Kita bukan sahaja pendakwah, tetapi murobbi, muaddib, mu’allim, mudarris serta mursyid.

Hakikatnya, menyeru kepada Islam memerlukan hati-hati yang sedia berkorban. Hati-hati yang berusaha mencari. Hati-hati yang serius dan ikhlas.

Ya, tiada manusia yang sempurna. Tetapi, bukankah lebih molek jika kita berusaha ke arah kesempurnaan itu?

Semoga redha Allah sentiasa mengiringi setiap langkah kita.

"Barang siapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupi keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehandakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."~Surah At Talaq 65:3


Salam Mujahadah!

Wallahu’alam.


Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Blog Indahnya Berbagi
Tambah Yuk
Widget by IB | Template Design

Artikel Terkait:

Widget by:IB | Template Design

0 comments:

Post a Comment

 

Daftar Blog Saya

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design