Tuesday, November 30, 2010

USRAH BUKAN SEKOLAH TENTERA !

"Aku selalu dengar kalau kita join usrah ni, kita akan sentiasa diingatkan."


"Dah tu, kenapa kau tak suka usrah?"

"Bukan aku tak suka. Cuma aku takut kalau aku join usrah, aku tak dapat buat apa yang aku suka."

"Maksudnya?"

"Kau tahu kan, aku ni suka dengar lagu-lagu yang apa tu, lagha? Yalah, aku suka lagu-lagu orang putih ni, lagu-lagu yang macam tulah kan. Lagi, aku takut kalau aku committed dengan usrah aku dah tak boleh berlakon lagi."

"Ha, aku suka tengok kau berlakon. Nampak real gitu."

"Aku takut aku kena berhenti buat apa yang aku suka."

"Kau tahu tak macamana cara Allah mendidik kaum jahiliah untuk berhenti minum arak? Sedangkan mereka (kaum jahiliyyah) pada masa tu sangat 'mencintai' arak. Kau tahu?"

"Erm.. Entah, tak pernah tahu pun."

"Camni, bila nabi datang, nabi tak terus kata kat mereka arak ni haram, arak ni tak boleh minum. Tapi berpeingkat-peringkat. Dalam Al-Quran juga cerita. Pertama Allah sebut arak ada kebaikan dan keburukan tapi keburukan lebih banyak. Kedua Allah sebut larangan minum arak sebelum solat. Dan akhir sekali pengharaman secara total."

"Kau nak kata apa yang aku suka tu macam arak ke?"

"Astaghfirullah, bukan begitu."

"Camni, daripada cara Allah nak mendidik kaum jahiliyyah tu yang kita kena faham dan ambil pengajaran."

"Secara berpeingkat-peringkat?"

"Exactly!"


USRAH BUKAN SEKOLAH TENTERA

Mungkin ramai dalam kalangan kita masih dimomokkan dengan imej usrah yang sentiasa berusaha 'merekruit' anak usrah menjadi muslim/ah soleh/ah. Bila dikatakan join usrah saja terbayang individu yang jalan tunduk ke bawah, individu yang sentiasa berkopiah atau individu yang macam ustaz ustazah. 

Akhirnya kita gagal mengekalkan minat dan semangat anak-anak usrah untuk mengambil manfaat daripada usrah. Hasil dari momokan itu, ramai sahabat-sahabat kita yang takut, malu dan malas nak menyertai usrah.

INGAT! Usrah bukan sekolah tentera. Ya, ia sekolah tarbiyyah. Apa itu tarbiyyah? Ya, proses pendidikan, proses memberi tahu, menimbulkan mahu dan membangkitkan mampu. Bukan menjadikan individu lesu.

Pesanan untuk kita yang bergelar anak usrah, buanglah jauh-jauh tanggapan negatif berkenaan usrah. Tanamkan azam untuk berubah. Azam bukan sekadar azam tapi digerakkan dengan langkah.

Pesanan untuk kita yang bergelar naqib, kita bukan penghukum. Jangan bunuh semangat anak usrah untuk jadi lebih baik. Kita tawarkan ukhuwwah, tarbiyyah maka hasilnya kita akan dapat kemanisan berusrah.

Kembara berjaulah bersama kawan,
Baiknya budi tuhan balaskan,
Indahnya usrah dapat berteman,
Lebih lagi menambah iman.

~USRAH~

INDAHNYA RIADAH BERSAMA USRAH~

usrati habibati~~

usrah...tak pernah dalam hidup aku suap menyuap nih..~~

usrah..tido sebantal....

bestnya usrah!!!
ha..ini bukan latihan tentera okeh......

indahnya usrah....

*usrah boleh berjalan dalam pelbagai bentuk..bukan bentuk bulatan saja...hehe. 
Wallahuaalam.
By: EDUCATIONAL REFORMIST~

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Blog Indahnya Berbagi
Tambah Yuk
Widget by IB | Template Design

Artikel Terkait:

Widget by:IB | Template Design

0 comments:

Post a Comment

 

Daftar Blog Saya

Pengikut

© 2009 Free Blogger Template powered by Blogger.com | Designed by Amatullah |Template Design